Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal / guru / pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana,
memerhati dan mereflek.
Guru Sebagai Penyelidik :
1)- Mengubah dan menyesuaikan strategi pengajaran & pembelajaran (P&P) dapat menarik perhatian pelajar.
2)- Sentiasa membuat & menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P&P
3)- Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar
4)- Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan & membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
5)- Bertanggungjawab terhadap pembagunan professional mereka sendiri
6)- Berkongsi dapatan dengan pelajar, rakan-rakan dan pendidik lain
Budaya Penyelidikan :
***cuba dipupuk melalui projek kajian tindakan, merupakan satu kepercayaan & nilai yang mementingkan kualiti dalam pengajaran & pembelajaran serta berpegang kepada konsep penambahbaikan yang berterusan dalam suasana kerja yang kolaboratif (berkerjasama)
Rasional :
***untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran & pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan pelajar. Jadi, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik (Gray 1988)
Ciri-ciri Kajian Tindakan :
1)- Pendekatan untuk membaiki amalan
2)- Konteks tugas seharian
3)- Fokus utama ke atas amalan untuk membaiki & memahami
4)- Kolaboratif (kerjasama)
5)- Situasi sebenar
6)- Tindakan praktis
7)-Amalan kepada teori
8)-Berterusan
Tujuan Kajian Tindakan :
## Membantu guru menghadapi cabaran
## Menyelesaikan masalah tanpa merujuk arahan luar
## Menggalakkan guru berkongsi pengalaman
## Meninjau adaian di sebalik awalan P & P
## Mengutip data secara sistematik daripada pelajar mereka
## Menganalisis & menginterprestasi data dengan bantuan rakan sepenyelidik



No comments:
Post a Comment