‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’- John D Rockefeller – History’s first billionaire

Tuesday, July 27, 2010

3 JURNAL (KUALITATIF & KUANTITATIF) : PERSAMAAN VS PERBEZAAN

JURNAL 1 : Exploring the Level of Information and Communication Technology Services and Use in Secondary School Library Media Centres in Kuwait : An Interpretive Case Study Research. Hasan Buabbas  and Dr. Benachir Medjdoub

JURNAL 2 : Analysis of research into the teaching and learning of programming 2009 ICER 09A. Judy Sheard, Simon, Margaret Hamilton & Jan Lönnberg

JURNAL 3 : Tertiary Students’ View on Information and Communications Technology Usage in Ghana. Eben Afari-Kumah & Hannah Ayaba Tanye



SKOP KAJIAN  :

JURNAL 1 :  Mengkaji kelengkapan  servis ICT dan aplikasinya di sekolah menengah. Memberi fokus kepada guru-guru serta pelajar sekolah berkenaan, di mana penggunaan ICT serta pengetahuan mengenai ICT terhadap guru dan pelajar. Membantu meningkatkan kualiti pengajaran antara pelajar dan kurikulum dengan menyediakan sumber-sumber maklumat di perpustakaan sekolah.

JURNAL 2 : Menganalisis mengenai pembelajaran dan penagajaran pengaturcaraan yang diperkenalkan di dalam pendidikan komputer pada tahun 2005-2008. Mengkaji sama ada data yang dikutip itu merupakan data kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-dua data tersebut. Tujuan dan hasil daripada data-data tersebut akan dijadikan sebagai laporan.

JURNAL 3 : Mengkaji pandangan pelajar Universities Information and Communication Technology (ICT) terhadap penggunaan ICT di universiti tersebut menggunakan soal selidik. Kajian dilakukan berdasarkan penggunaan ICT dikalangan pelajar, sebagai contoh penggunaan emel oleh pelajar bagi tujuan komunikasi dan menghantar tugasan. Walau bagaimanapun, pendidik tidak begitu berminat dengan cara penghantaran emel melalui emel.


INSTRUMEN/ SAMPLE KAJIAN

JURNAL 1 : Kajian dilakukan ke atas 12 buah sekolah yang melibatkan 955 orang pelajar. Mereka diberikan borang soal selidik berkaitan permasalahan penggunaan ICT di perpustakaan sekolah sebagai pusat ICT. Selain daripada itu, temubual bersama staf sekolah berkenaan juga dilakukan, di mana seramai 12 orang pengetua bagi setiap sekolah ditemubual serta sebilangan guru-guru.

1)- Soal Selidik

2)- One to one interview

3)- Pemerhatian secara terus

4)- Dokumentasi


JURNAL 2 : Dapatan kajian dilakukan dengan menemubual serta pemerhatian terhadap 6 buah persidangan mengenai pendidikan komputer iaitu ICER, SIGCSE, ITiCSE, ACE, NACCQ. Selain daripada itu juga, ia melibatkan kakitangan-kakitangan persidangan tersebut mengenai kefahaman, pelajar serta guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer. Data yang dikutip adalah sebanyak 338 data secara keseluruhan.

1)- Soal Selidik

2)- Temubual

3)- Pemerhatian

4)- Video

JURNAL 3 : Kajian dapatan dilakukan ke atas 100 orang pelajar universiti terbabit yang dipilih secara rambang untuk menjawab soalan soal selidik (primary data). Data yang lain  diperolehi melalui bahagian pentadbiran universeiti tesebut (UCC) (secondary data). SPSS versi 14 digunakan untuk menganalisis ke semua data yang diperolehi.


TEMPOH KAJIAN

JURNAL 1 : Tidak dinyatakan dengan jelas tempoh perjalanan kajian ini.

JURNAL 2 :  Juga tidak dinyatakan berapa lama tempoh kajian ini dilakukan.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakn dengan jelas. Tetapi ia mungkin mengambil masa yang lama disebabkan pengkaji mengguna 2 kaedah dalam pengumpulan data iaitu primary data dan secondary data. Di mana kedua-dua data ini akan dianalisis dan disusun menggunakan SPSS bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat.


METODE KAJIAN

JURNAL 1 : Pedekatan kepada kualitatif dan kuantitatif data

JURNAL 2 : Menganalisis data menggunakan kaedah kuantitatif di mana, data dikutip dan dikira bagi setiap kategori dan dikeluarkan dalam bentuk statistik berdasarkan pengiraan semua data tersebut. Chi- square tests digunakan untuk menentukan kepentingan setiap pemerhatian kajian yang dilakukan. Manakala bagi data kualitatif ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1)- Menerangkan tujuan atau objektif kajian

2)- Menerangkan hasil dapatan

JURNAL 3 : Metod kajian (survey) digunakan dalam projek ini. Sasaran populasi bagi projek ini adalah pelajar-pelajar universiti. Menggunakan kaedah soal selidik yang diagihkan kepada respoden berkenaan. Data dikumpulkan daripada primary data dan juga secondary data

MENGUMPUL DATA

JURNAL 1: Berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif berdasarkan soalan soal selidik serta pemerhatian secara terus.

1)- Kualitatif -> Dapatan daripada guru-guru melalui temubual dan pemerhatian secara terus oleh pengkaji di sekolah berkenaan

2)- Kuantitatif -> Dapatan daripada pelajar-pelajar yang menjawab soal selidik

JURNAL 2 : Pengumpulan data biasa adalah penilaian melalui peperiksaan & tugasan. Teknik pengumpulan data yang lain adalah seperti soal selidik, temubual dan artifak-artifak yang diperolehi daripada penilaian/ set tugasan.

JURNAL 3 : Berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif

1)- Kualitatif -> Petunjuk untuk menilai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti of Cape Coast

2)- Kuantitatif -> Pengiraan berfrekuensi, deduksi mengenai sample daripada dapatan dalam bentuk graf statistik. Sebagai contoh graf bar, chart untuk menggambarkan keputusan dapatan kajian.

MENGANALISIS DATA

JURNAL 1 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan 4 kaedah pengumpulan data yang telah dijalankan.  Pengkaji juga telah membuat pemerhatian berterusan terhadap projek yang dikaji dengan melihat sendiri struktur pembelajaran serta infrastruktur serta keadaan perpustakaan di sekolah berkenaan.

i)- Soal selidik-> Teknik Kuantitatif . Pengkaji mengagihkan borang soal selidik kepada 12 buah sekolah dan responnya sebanyak 95.4% .(912 orang menjawab soalan yang dikehendaki pengkaji daripada 955 orang pelajar)

ii)- One to one interview -> Teknik Kualitatif . Pengkaji membuat 2 interview di sekolah dengan menemubual guru-guru antara semua sekolah serta 12 interview bersama pengetua 12 buah sekolah terbabit

iii)- Pemerhatian berterusan -> Teknik Kuantitatif. Pengkaji menganalisis data melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah terbabit. Melalui pemerhatian ini, pengkaji mendapat maklumat secara terus.

iv)- Dokumentasi -> Sebagai teknik Kualitatif. Di mana kaedah ini, pengkaji mendapat maklumat daripada perpustakaan dan pengkaji-pengkaji lain.

JURNAL 2 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan soal selidik yang diedarkan dengan melihat respon dan pandangan pelajar mengenai faedah yang mereka perolehi daripada projek kajian tindakan yang dibuat. Selain daripada itu juga, data diambil dengan menemubual guru-guru yang mengajar, kakitangan persidangan pendidikan komputer.

JURNAL 3 : Bagi jurnal ini juga, pengkaji menganalisa data berdasarkan soal selidik yang diedarkan dengan melihat respon dan pandangan pelajar mengenai permasalahan yang mereka hadapi seperti penggunaan komputer persendirian,  masalah ICT daripada projek kajian tindakan yang dibuat.

HASIL KAJIAN / KESIMPULAN

JURNAL 1 : Gabungan keempat-empat data instrumen tadi dapat menyingkirkan kepelbagaian maklumat/keputusan daripada kualitatif dan kauntitatif. Analisis daripada data-data tersebut menjawab semua persoalan kajian terbabit. Data kuantitatif merupakan data yang lebih banyak mempengaruhi kajian ini. Manakala dari segi data yang dikumpul melalui para pelajar serta guru-guru , didapati kemudahan ICT di perpustakaan sekolah berkenaan masih lagi dalam keadaan yang lemah dan tidak stabil. Bagi pemerhatian terus oleh pengkaji didapati pusat ICT sekolah berkenaan kekurangan kemudahan infrastruktur seperti komputer serta internet yang perlahan.

JURNAL 2 : Menunjukkan minat pelajar yang lebih tinggi sama ada dalam tingkah laku atau response yang efektif terhadap pembelajaran ataupun pengalaman pengajaran. Selain daripada itu, pelajar perlu menyesuaikan diri dengan disiplin atau pembangunan model-model untuk proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan pengaturcaraan. Model P & P ini dapat digunakan untuk mendapatkan kefahaman belajar pengaturcaraan dan cara yang lebih cepat dan mudah untuk dipelajari.

JURNAL 3 : Penyatuan infrastruktur diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa dan kepentingan maklumat seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

No comments:

Post a Comment