‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’- John D Rockefeller – History’s first billionaire

Tuesday, July 27, 2010

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KOMPUTER

Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat mengenai sesuatu, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam dalam sesuatu perkara.Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza dan mempunyai pelbagai definisinya yang tersendiri.

Begitu juga dengan pendapat masing-masing menegenai penyelidikan pendidikan komputer..Ada yang menyatakan bahawa pendidikan komputer itu, sesuatu ilmu yang kita pelajari mengenai komputer...apa sahaja berkenaan dengan komputer...BETUL KAH????

MAKSUD BAGI KAJIAN KUANTITATIF

Kajian Kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan data menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi

MAKSUD BAGI KAJIAN KUALITATIF

Kajian Kualitatif  sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998), ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). Berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah, ujian, dan juga persampelan seting dan subjek kajian; kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, iaitu pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang (intended & unintended consequences), keanihan seseorang (idiosyncrasies), dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment