‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’- John D Rockefeller – History’s first billionaire

Friday, October 1, 2010

JURNAL KAJIAN TINDAKAN


Bahagian 1: Ringkasan Kajian

            Bagi jurnal pertama iaitu ‘Asynchronous Learning Networks and Student Outcomes:The Utility of Online Learning Components in Hyhrid Courses’ yang ditulis oleh Daniel L. DeNeui and Tiffany L. Dodge menjelaskan mengenai kesan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran (SPP) khususnya antaramuka Blackboard, mempunyai kaitan denagan kursus dalam bidang psikologi. Blackboard disediakan kepada para pengajar dengan akses kepada platform pembelajaran berasaskan web. Salah satu manfaat utama pelajar adalah akses yang tak terbatas untuk hampir apa semua yang tenaga pengajar sajikan di dalam kelas. Sebagai contoh, akses kepada silabus, nota sahaja, demonstrasi interaktif, handout, audio atau semua rakaman video kuliah  mungkin melalui antaramuka ini. Saat ini, beberapa kajian empirikal telah meneliti kesan LMS pada tujuan pengukuran belajar pelajar. Projek ini mengkaji hubungan antara frekuensi penggunaan pelbagai utiliti ini dan prestasi murid di kelas hibrid. Keputusan mengungkapkan korelasi separa yang signifikan positif di antara keseluruhan penggunaan dan nilai ujian mereka.
            Bagi jurnal kedua pula iaitu ‘Action Research on Hybrid Courses and their Online Communities’ yang dikaji oleh Amy SC Leh, San Bernardino, USA mengkaji mengenai pendapat pelajar terhadap program Hibrid yang dilakukan dari 1999 hingga 2001 serta untuk menguji penggunaan strategi yang berbeza bagi komuniti dalam talian.

            Manakala, bagi jurnal ketiga pula iaitu ‘Embedding blended learning in a university’s teaching culture: Experiences and reflections’ yang dikaji oleh Hugh C. Davis and Karen Fill. Kajian ini adalah mengenai cara pembelajaran secara gabungan iaitu dari kaedah gabungan pengajaran tatap muka dengan aktiviti pembelajaran secara dalam talian. Kaedah ini mempunyai keupayaan untuk menukar gaya pembelajaran pelajar dari cara yang lama kepada cara gabungan ini. Selain daripada itu, kaedah ini sangat berguna untuk meningkatakan cara pengajaran dan pembelajaran dalam Geografi.

Bahagian 2: Penilaian bagi kajian yang dikaji

1.0 TAJUK BAGI JURNAL

JURNAL 1: Asynchronous Learning Networks and Student Outcomes: The Utility of Online Learning Components in Hyhrid Courses
JURNAL 2: Action Research on Hybrid Courses and their Online Communities
JURNAL 3: Embedding blended learning in a university’s teaching culture: Experiences and reflections

2.0 ULASAN ARTIKEL JURNAL



JURNAL 1
JURNAL 2
JURNAL 3
PENGENALAN/
PENYATAAN MASALAH
Kepesatan teknologi masa kini menyebabkan cara pmbelajaran dan pengajaran (P&P) di setiap fakulti perlu diubah seiring dengan zaman ICT
Kesukaran pelajar untuk memenuhi kehadiran ke kuliah
Cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) Geografi di universiti masih menggunakan kaedah tradisional iaitu tatap muka, di mana pengajar mengajar di dalm kuliah dan pelajar mendengarnya tanpa melibatkan penggunaan sumber digital lain
TUJUAN KAJIAN
Projek ini mengkaji hubungan antara frekuensi penggunaan pelbagai utiliti ini dan prestasi murid
di kelas hibrid.

Keputusan mengungkapkan korelasi separa yang signifikan positif di antara keseluruhan penggunaan dan nilai ujian mereka.

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pendapat pelajar terhadap penggunaan kaedah cara pembelajaran secara hibrid dan menilai impak menggunakan strategi pembelajaran secara dalam talian
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka praktikal bagi rekabentuk dan perkongsian aktiviti berdasarkan sumber daya digital yang ada
METOD
Kuantitatif dan kualitatif
kaedah yang digunakan dalam kajian ini
Menggunakan kajian ekperimental
Kuantitatif dan kualitatif
kaedah yang digunakan dalam kajian ini

Tenaga pengakar memberi penerangan mengenai kursus hibrid kepada pelajar

Memberi soalan kajian sebagai perbincangan

Menggunakan kajian kes
Kuantitatif dan kualitatif
kaedah yang digunakan dalam kajian ini Menggunakan kajian ethnography
RESPONDEN/SAMPLE KAJIAN
Pelajar (37
Lelaki dan 43 perempuan) yang mendaftar dalam kursus psikologi di Universiti Northwest.

12 orang pelajar yang mengikuti kursus hibrid di mana mereka merupakan guru yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat sarjana

Tenaga pengajar

10 orang guru

Computer scientists


INSTRUMEN
Pemerhatian terhadap penggunaan Blackboard contohnya seperti mendapatkan nota, menghantar tugasan

Pemerhatian secara terus

Soalan soal selidik

Mesej secara dalam talian

Sesi temubual

perbincangan dalam talian

Data
koleksi mesej perbincangan online, pemerhatian, wawancara, dan kajian.
REKABENTUK KAJIAN

Menjalankan kajian secara berkumpulan
Menjalankan kajian secara individu
Menjalankan kajian secara berkumpulan
DAPATAN UTAMA KAJIAN


HASIL KAJIAN TINDAKAN


Kepesatan teknologi masa kini menyebabkan cara pembelajaran dan pengajaran (P&P) di setiap fakulti berubah dari kaedah yang lama kepada kaedah baru iaitu penggunaan teknologi, serta internet dan pembelajaran dalam kelas
Kursus hibrid ini memberi impak kepada para pelajar dab guru yang sebelum ini belum pernah menggunakannya. Mereka lebih berpuas hati menggunakan kaedah hibrid ini dalam P&P mereka
Kolaborasi antara Pennsylvania State University,
University of Leeds, University of California Santa Barbara (UCSB) dan the University of
Southampton
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Cara pembelajaran yang berbeza memberi kesan yang berbeza kepada proses belajar pelajar
Daripada keputusan yang diperolehi didapati bahawa pengajar yang menggunakan pelbagai strategi untuk membangunkan dan memelihara komuniti dalam talian lebih mencapai kejayaan P&P dengan menggunakan kaedah hibrid .

Kaedah hibrid ini juga memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih cara belajar yang lebih baik dan memberi peluang untuk mereka meningkatkan cara pembelajaran mereka menggunakan sumber maklumat tanpa batasan dan ruang

Kaedah ini memberi impak yang positif terhadap institusi pendidikan dan masyarakat sekeliling
Menghasilkan aktiviti pembelajaran yang bernilai tinggi iaitu DialogPLUS ‘nugget’ yang terdiri daripada  semua keperluan untuk merancang segala aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh adalah:

-Sekurang-kurangnya objektif pembelajaran
-Arahan kepada pelajar bagaimana untuk melakukan setiap aktiviti dalm proses P&P









3.0 KESELURUHAN KAJIAN (IMPLIKASI DAN CADANGAN)
            Bagi jurnal pertama ia menjelaskan mengenai kesan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran (SPP) khususnya antaramuka Blackboard, mempunyai kaitan denagan kursus dalam bidang psikologi. Ini merupakan penggunaan perbincangan serta pembelajaran secara dalam talian di mana pelajar boleh mendapatkan nota, berhubung dengan pengajar secara dalam talian.
            Bagi jurnal kedua pula adalah  mengenai pendapat pelajar terhadap program Hibrid yang dilakukan dari 1999 hingga 2001 serta untuk menguji penggunaan strategi yang berbeza bagi komuniti dalam talian. Bagi kajian ini, pengkaji dapat membuktikan bahawa penggunaan kaedah P&P secara hibrid lebih memberi impak yang besar kepada pengajar dan pelajar di mana ia meliputi kaedah P&P secara tradisional dan pembelajaran secara maya. Bagi jurnal ini strategi demi strategi dilakukan untuk memastikan proses P&P berjalan dengan lebih berkesan. Di mana para pengajar dikehendaki membuat kajian bagaimana cara untuk memastikan proses P&P berjalan dengan lebih sempurna.
            Bagi jurnal ketiga pengkaji membuat kajian terhadap cara pembelajaran secara gabungan iaitu dari kaedah gabungan pengajaran tatap muka dengan aktiviti pembelajaran secara dalam talian. Kajian ini juga hampir sama dengan kajian bagi kedua-dua jurnal yang lain iaitu meneroka cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan kaedah gabungan atau campuran. Dan daripada hasil dapatan itu, pengkaji dapati bahawa dengan pembangunan DialogPLUS ‘nugget’ yang terdiri daripada  semua keperluan untuk merancang segala aktiviti pembelajaran. Ini dapat menghasilkan jadual pengajar lebih tersusun dan objektif pengajaran senang dicapai. Kajian ini melibatkan jadual pengajar yang disusun semula supaya proses P&P menjadi lebih efektif menggunakan kajian tindakan.





No comments:

Post a Comment